10 TIPS UNTUK MULA BERBISNES PADA USIA 50-AN

10 TIPS UNTUK MULA BERBISNES PADA USIA 50-AN

1. Buat bisnes dalam bidang yang kita ada kepakaran. Sekarang bukan masa untuk menerokai bidang baru yang terlalu asing kepada kita.

2. Fokus kepada impak sosial dan ekonomi kepada kumpulan sasar, bukan “bottom line” bisnes kita. KPI ini lebih menggembirakan dan memberikan kepuasan kepada kita.

3. Usah bimbang untuk kongsi ilmu dengan percuma, terutama dengan anak-anak muda. Apabila kita mudahkan orang lain, Allah swt mudahkan urusan kita. Banyak rezeki bisnes datang dari pelbagai sumber yang kita tak sangka.

4. Collaborate dengan pelbagai pihak. Gunakan kepakaran kita sebagai modal. Ramai orang perlukan pengalaman selama 30 atau 40 tahun yang kita ada. Pengalaman ini mereka tak boleh beli di tepi jalan.

5. Usah belanja besar untuk modal bisnes. Modal paling besar bisnes orang pencen ialah pengalaman dan ilmu. Usah tunjuk kemewahan sebagai umpan bisnes. Silakan nikmati kemewahan hidup pada hujung usia tanpa perlu menunjuk-nunjuk.

6. Elak letak sasaran kewangan atau KPI yang tinggi. Usah tertekan. Buat projection dan cash flow yang realistik. Sewaktu 50-an, kita nak hidup tenang. Buatlah apa yang patut dibuat untuk cari modal bisnes, namun usah buat hutang baru atau ambil duit simpanan / pelaburan persaraan untuk bisnes.

7. Cari idea bisnes yang kita boleh masuk dan keluar dengan mudah. Kalau nak mulakan tak susah, nak keluar pun tak susah. Outsource sebahagian aktiviti kepada pihak ketiga. Kalau kita nak berhenti berbisnes (maklumlah usia semakin meningkat), mudah.

8. Buat bisnes yang boleh disatukan dengan minat kita. Kalau kita minat travel, cari idea bisnes yang boleh support minat tersebut. Pelanggan dapat manfaat, kita pun dapat travel.

9. Kita sudah lalui zaman gemilang. Buat bisnes yang boleh asuh anak-anak muda menjadi lebih hebat dari kita pada zaman gemilang itu. Bergembiralah melihat mereka melakukan sesuatu yang kita tak mampu lakukan. Usah rasa tercabar.

10. Sentiasa cool dan senyum. Usah gelojoh dan gopoh. Apabila kita buat bisnes pada usia 50-an, kita tidak perlu membuktikan apa-apa dan kepada sesiapa. Zaman kita melaporkan kepada orang lain sudah berlalu.

 Kredit : Norizan Bin Sharif
Please follow and like us:
Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Tagged with: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*