(VIDEO) Benjolan Mulut Makin Besar, Suami Sumber Kekuatan Liyana.

Tatkala isteri mengalami penderitaan penyakit Hiper Tiroid, suami adalah sumber kekuatanya dalam menjalani dan meneruskan kehidupan ini.

Perasaan sebak dan belas pasti menusuk di sanubari sesiapa saja yang melihat Nurliyana Abdul Raziff, 32, berikutan penyakit Hiper Tiroid dialami wanita itu sejak dua tahun lalu.

Penderitaan jelas terpapar pada wajahnya apabila tulang rahangnya kini membesar sehingga menyebabkan mulut terkeluar dan turut menjejaskan penglihatannya.

Lebih memilukan, berat badannya juga menyusut daripada 55 kilogram hingga kini hanya 23 kilogram, malah ketinggiannya turut menurun daripada 1.5 meter kepada 1.3 meter.

“Saya tidak lagi mampu mengunyah kerana ketumbuhan tiroid dalam mulut semakin membesar hingga menutup saluran rongga. Berat badan yang menurun secara mendadak turut membuatkan fizikal saya semakin rendah,” kata Nurliyana dengan nada yang kurang jelas dan tersekat-sekat.

Menurut sumber berkata, dia yang lebih mesra dengan panggilan Liyana berkata, doktor pakar tidak mengesyorkan dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tiroid itu kerana pada masa sama, dia juga ada masalah buah pinggang dan jantung.

Dia juga mengalami kesukaran untuk makan dan hanya bergantung kepada susu khas. Tulang rahangnya membesar dan menyebabkan mulut terkeluar yang juga menjejaskan matanya.

Memetik sumber, sejak usia 9 tahun Liyana dikesan mengalami sistemik lupus eritematosus atau lupus yang menyebabkan anti-body dalam badannya lemah dan dia mudah diserang penyakit.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan meringankan beban keluarga Liyana boleh membuat sumbangan melalui akaun :

Bank Islam atas nama Nurliyana Abd Razif : 050580-2014-5124

Please follow and like us:
Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Tagged with: , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*